Soalan Benarkah hadis yang mengatakan bahawa orang yang tidak bangun untuk solat Subuh adalah disebabkan telah dikencing oleh syaitan?
Jawapan
Menunaikan solat termasuk di dalam salah satu daripada rukun Islam. Selain itu, solat merupakan perkara yang pertama akan dihisab di akhirat kelak sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah ﷺ. Di samping itu, solat diibaratkan seperti tiang bagi agama sepertimana yang diriwayatkan oleh Mu’az bin Jabal, bahawa Nabi ﷺ bersabda:
رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلَامُ، وَعَمُودُهُ الصَّلَاةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَادُ
“Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan ke muncaknya adalah berjihad.”
Riwayat al-Tirmizi 2616 Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih
Berdasarkan kepada soalan di atas, sememangnya terdapat di dalam hadith yang sahih bahawa orang yang tidur dan tidak bangun untuk menunaikan solat Subuh adalah disebabkan telah dikencing oleh syaitan. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud berkata:
- Diceritakan kepada Rasulullah ﷺ terdapat seorang lelaki yang telah tidur sehingga berlalu waktu Subuh, lalu Rasulullah ﷺ bersabda:
ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنَيْهِ، أَوْ قَالَ: فِي أُذُنِهِ
“Lelaki itu telah dikencing oleh syaitan di kedua telinganya.” Atau Baginda ﷺ bersabda: “Di telinganya.”
Riwayat al-Bukhari 3270 dan Muslim 774
Imam al-Bukhari meletakkan hadith ini di dalam bab orang yang tidur dan tidak mengerjakan solat disebabkan telah kencing oleh syaitan di telinganya. Hadis ini menunjukkan kinayah bahawa syaitan telah menutup telinga orang yang tidur daripada solat (tidak mengerjakannya) sehingga dia tidak mendengar seruan azan dan dikatakan juga bahawa maknanya adalah syaitan telah memenuhkan telinganya dengan perkara-perkara batil maka terhijab telinganya daripada mendengar seruan azan (Lihat Fath al-Bari 3/28). Tambahan pula, hadis ini mengisyaratkan bahawa dirinya telah dikuasai oleh syaitan dan syaitan juga telah berpaut pada saraf otaknya sepanjang malam serta diperkecilkan oleh syaitan (Lihat al-Minhaj 6/64).
Penutup
Kesimpulannya, memang terdapat hadis yang sahih menceritakan bahawa orang yang tidur pada waktu malam dengan tidak bangun untuk menunaikan solat Subuh, maka dia telah dikuasai atau dikencing oleh syaitan. Akhirnya, semoga Allah ﷻ menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa menunaikan solat di awal waktu serta berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin.
Irsyad Al-Hadith 395
Lihat juga:
- Ada perawat cakap nampak apa yang berlaku akan datang, benarkah?
- Adakah benar kisah kucing boleh membantu tuannya di akhirat kelak?
- Amalan mengambil berkat (tabarruk), bolehkah?
- Apa beza kaffarah dan kifarah?
- Apa hukumnya pakaikan benang pada bayi disebabkan sering menangis?
- Benarkah ada waktu atau cara tertentu untuk memotong kuku?
- Benarkah iblis pernah memohon kepada Allah ﷻ agar diberikan rumah dan sebagainya?
- Benarkah kisah iblis bersoal jawab dengan Rasulullah ﷺ?
- Benarkah Nabi ﷺ pernah mencekik jin ifrit kerana mengganggunya solat?
- Berdosa tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain?
- Bolehkah azan dilaungkan selain untuk solat berjemaah seperti kebakaran, pencarian orang hilang dan histeria.
- Bolehkah bertemu kucing kesayangan di syurga?
- Bolehkah membaca Al-Qur’an untuk mendapat habuan dunia semata-mata
- Bulan Ramadhan pun ada gangguan makhluk halus?
- Bulu rambut atau kuku yang dipotong kena tanam?
- Capal Rasulullah ﷺ, lakaran dan tabarruk
- Dilarang sidai baju waktu malam kerana syaitan banyak berkeliaran
- Hukum beli barang sihir
- Hukum lelaki memakai gelang
- Hukum melakukan Istikharah dengan membuka Al-Qur’an secara rawak
- Hukum memberi makan kucing jalanan sehingga mengganggu jiran
- Hukum menggantung gambar fotografi di dinding
- Hukum menyimpan patung permainan kanak-kanak
- Ibu suruh tidur beralaskan Al-Qur’an atau surah Yasin di bawah bantal, apa hukumnya?
- Imam selalu sangat membaca surah as-Sajadah dan surah al-Insan pada pagi Jumaat, apakah hukumnya?
- Makan kurma ajwah sebanyak 7 biji pada setiap pagi, akan terselamat daripada racun dan sihir?
- Makan kismis menguatkan ingatan?
- Mana lebih utama, solat awal waktu sendirian atau lewat tapi berjemaah?
- Membiarkan makanan dan minuman terdedah atau tidak bertutup?
- Menggantung & mempamerkan ayat-ayat suci Al-Qur’an, bolehkah?
- Mimpi orang soleh sebagai peringatan dari Allah?
- Nak baca Al-Qur’an dengan suara kuat atau perlahan?
- Perawat Boleh Tahu Segalanya? Realiti & Syariat
- Ramai yang berpandukan mimpi sebagai jawapan kepada istikharah, betulkan?
- Salah guna Asma Allah hanya untuk tujuan tertentu
- Salah guna ayat Al-Qur’an hanya untuk halau jin dan syaitan
- Salah guna ayat Al-Qur’an hanya untuk tujuan tertentu
- Salah membaca Al-Qur’an di dalam telefon bimbit tanpa wudhuk?
- Salahkah membaca Al-Qur’an sambil berbaring?
- Tafsir (takwil) mimpi oleh perawat Islam adalah benar, betulkah?
- Tak salah menyebar gambar pelaku maksiat?
- Terdapat kelebihan jika mati pada hari Jumaat, benarkah?
- Terung itu ubat untuk segala penyakit?
Leave a Reply