Contact Us

‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Hampir semua Audio & eBook/PDF adalah percuma. Button Add to cart hanyalah bayaran seikhlasnya jika saudara/saudari berniat untuk menghulurkan sedekah/infak. Terima kasih kerana bersama-sama kami bagi membolehkan para pembaca lain turut memperolehi kebaikkan dari Munajat Syifa جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا

Mempunyai sebarang cadangan atau berkongsi pengalaman?

Emel Nazri nazri @ munajatsyifa.my atau WhatsApp

Emel Norwahida norwahida @ munajatsyifa.my

Kisah di sebalik

“Aku pernah bertanya kepada seorang brother ni apa yang dia amalkan (hidupnya kelihatan begitu chill & pelbagai urusannya seolah-olah seperti mudah sekali!) Dia jawab, “Doa bro!” Spontan aku cakap.. doa? Brother ni sambung.. “Doa-doa ni semuanya baik (sebab dah nama pun doa) namun yang lebih baik adalah doa-doa yang yang disebutkan dengan jelas dari Al-Qur’an dan Hadis.”

Aku pun mencari-cari dan mulalah sedikit demi sedikit mengamalkannya kerana memang betul, doa-doa ini semuanya sangat jelas dan powerful! Jika dihayati tafsir ayat-ayat tersebut, ianya memang sangat berkait dengan kehidupan harian kita walaupun sesudah beribu tahun berlalu diturunkan.

Adalah hasrat kami suami isteri untuk berkongsi tentang ini sementelahan ujian gangguan sihir, jin & syaitan yang berlarutan menimpa keluarga tampak ke pengakhirannya ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ

Kami memohon kepada Allah ﷻ dengan nama-Nya yang indah & sifat-Nya Yang Maha Tinggi agar menjadikan amalan ini ikhlas kerana-Nya dan dapat memberi manfaat semasa hidup kami dan selepas kami mati.

Semoga Allah ﷻ memberikan kita kefahaman dalam memahami agama ini, dan menjauhkan kita daripada kesyirikan dan kepercayaan yang karut marut.

إِنْ شَاءَ اللهُ “Jangan pernah letih & bosan dalam berdoa.” ~ Nazri & Norwahida

Lihat sini untuk Sedekah/Infak

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

“Semoga Allah ﷻ akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah ﷻ akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”