Ayat Syifa
Jangan salah guna ayat-ayat ini dan jadikan Qur’an hanya sebagai ayat-ayat Syifa’. Ayat ini untuk sembuh penyakit ini dan itu. Ini bukanlah cara menggunakan Qur’an yang benar. Tidaklah perkara sebegitu dilakukan oleh golongan salaf. Qur’an itu adalah penawar bagi orang mukmin. Maka Qur’an ini bukan sahaja untuk dipelajari, tapi kena selalu dibaca dan dijadikan sebagai zikir harian kita. Lihat ‘Bagaimana menggunakan ayat-ayat Qur’an untuk menyatakan permintaan kita kepada Allah ﷻ’.
-
Kategori: Ayat Syifa
Dan kalau sakit, Allah lah yang menyembuhkan
Adab Nabi Ibrahim dengan Allah ﷻ, baginda tidak kata Allah ﷻ yang beri sakit. Baginda cuma kata, “apabila aku sakit.”
Rujuk: Celik Tafsir
-
Kategori: Ayat Syifa
Al-Qur’an itu penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman

Jangan salah guna ayat ini dan jadikan Al-Qur’an sekadar ayat-ayat Syifa’ pula. Al-Qur’an itu adalah penawar bagi orang mukmin.
Rujuk: Celik Tafsir