بِسمِ اللهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
وَإِذا مَرِضتُ فَهُوَ يَشفينِ
Wa iżā mariḍtu fa huwa yasyfīn(i).
“dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,”
Surah asy-Shu’araa Ayat 80
ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ
Tafsir
Dan kalau sakit, Allah lah yang menyembuhkan. Bukannya berhala itu.
Lihat bagaimana adab Nabi Ibrahim dengan Allah ﷻ di mana jika menyebut tentang nikmat yang diberikan oleh Allah ﷻ baginda mengatakan Dia dan Dia beri itu dan ini, tetapi apabila menyebut tentang sakit, baginda tidak kata Allah ﷻ yang beri sakit. Baginda cuma kata, “apabila aku sakit.”
Lihat Celik Tafsir di sini.