Zikir Pilihan
Membaca Al-Qur’an turut termasuk dalam kategori perbuatan zikrullah. Perbanyakkan zikrullah kerana syaitan lari daripada orang yang berzikir.
“Dan aku menyuruh kalian agar berzikir kepada Allah kerana sesungguhnya itu seumpama seorang lelaki yang dikejar musuh-musuh melalui jejaknya dengan laju sampailah lelaki itu mendapatkan kubu pertahanan yang kukuh dan berjaya mempertahankan dirinya daripada musuh-musuhnya. Begitulah seseorang hamba Allah, tidak akan mendapat perlindungan diri daripada syaitan kecuali dengan zikir kepada Allah.”
Riwayat Tirmidzi 2863
-
Kategori: Zikir Pilihan
Allah ﷻ limpahkan kasih-sayang kepada Nabi Musa dan kasih itu telah ditanamkan ke setiap hati orang
Surah Taha Ayat 39. Ayat ini bukanlah ayat pengasih. Ia berkenaan orang kasih kepada Nabi Musa, bukannya kasih kepada kita.
Rujuk: Celik Tafsir
-
Kategori: Zikir Pilihan
Alangkah baiknya tempat kesudahan itu
Surah ar-Ra’d Ayat 24. Kepentingan sabar dalam menghadapi ujian yang Allah ﷻ berikan kepada kita semua.
Rujuk: Celik Tafsir
-
Kategori: Zikir Pilihan
Ayat Seribu Dinar?
Surah al-Talaq Ayat 2 – 3. Saya sering dengar orang sebut tentang ayat seribu dinar. Boleh terangkan kepada saya?
Rujuk: Irsyad Hukum
-
Kategori: Zikir Pilihan
Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu
Surah al-Baqarah Ayat 216. Ini adalah ujian keimanan untuk kita: adakah kita sanggup taat kepada suruhan dan percaya kepada hikmah yang Allah ﷻ telah berikan kepada kita?
Rujuk: Celik Tafsir
-
Kategori: Zikir Pilihan
Dua surah luar biasa sebelum & selepas tidur
“Mahukah kamu belajar dua surah yang luar biasa.” Surah an-Nas & Surah al-Falaq.
Rujuk: Celik Tafsir
-
Kategori: Zikir Pilihan
Hati menjadi tenteram dengan mengingat Allah ﷻ
Surah ar-Ra’d Ayat 28. Kita manusia selalu sahaja ada masalah dan kadang-kadang manusia menggunakan cara yang tidak baik untuk menghilangkan masalah psikologi.
Rujuk: Celik Tafsir
-
Kategori: Zikir Pilihan
Inilah limpah kurnia Tuhanku
Surah an-Naml Ayat 40. Sesiapa yang bersyukur maka perbuatan itu akan memberi kebaikan kepada dirinya sendiri. Kerana dia akan dapat pahala. Sudahlah dapat nikmat, dan apabila bersyukur lagi, dapat pahala. Dan pahala bersyukur itu lebih baik dari nikmat yang diberikan.
Rujuk: Celik Tafsir
-
Kategori: Zikir Pilihan
Kawallah amarahmu dan milikilah hati yang baik!
Surah ali-Imran Ayat 134. Di wajahnya tidak nampak kemarahan itu, walaupun dia boleh menghukum orang yang menyebabkan kemarahannya itu.
Rujuk: Celik Tafsir
-
Kategori: Zikir Pilihan
Kelebihan 2 ayat terakhir Surah al-Baqarah
Surah al-Baqarah Ayat 285 – 286. Terdapat banyak kelebihan yang akan diperolehi bagi orang yang memahaminya dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka.
Rujuk: Irsyad Al-Hadith
-
Kategori: Zikir Pilihan
Manfaat membaca بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ
Dinyatakan akan kelebihan orang yang membaca doa ini pada awal siang hari dan awal malam hari.
Rujuk: Maktabah Al-Bakri
-
Kategori: Zikir Pilihan
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

Surah Ash-Sharh Ayat 6. Apabila kita mengalami kesukaran dalam hidup, maka bersabarlah. Kerana akan datang bersamanya dua kali senang.
Rujuk: Celik Tafsir
-
Kategori: Zikir Pilihan
Syaitan keluar apabila surah al-Baqarah dibacakan di dalam rumah
Surah al-Baqarah Ayat 1 – 286. Sembahlah Allah ﷻ, bukan sembah dalam maksud biasa, tapi dalam bentuk tauhid.
Rujuk: Celik Tafsir