Terdesak? Tak tahu nak buat apa? Apa kata Islam!

Lihat sini untuk kisah di sebalik Admin.

Tak tahu nak buat apa (takut) bila malam? Apa kata Islam?

Allah ﷻ berfirman:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ‘sembahyang tahajjud’ padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”

Surah al-Isra’ Ayat 79

Al-Kafi li al-Fatawi 793

Tak tahu merawat & tak mampu nak bayar kos ruqyah? Apa kata Islam?

Rasulullah ﷺ membaca Surah Mu’awwizataini’ iaitu dua surah yang diturunkan kepada baginda dalam mimpi.

Setiap kali dibaca satu ayat dari kedua-dua surah tersebut, terurailah satu ikatan, sehinggalah terurai kesemua simpulannya. Maka dengan takdir-Nya, Rasulullah ﷺ dapat berdiri dan seakan-akan baru terungkai dan terlepas dari belenggu ikatan.

Celik Tafsir

Tak tahu nak setel macam mana, confirm kena sihir tapi kadang on off! Apa kata Islam?

Nabi ﷺ bersabda:

مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

“Barangsiapa yang membaca: “Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan nama-Nya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala sehingga pagi dan barangsiapa yang membacanya pada waktu sebanyak  tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala sehingga petang.

Riwayat Uthman bin Affan & Imam Abu Daud di dalam Sunannya 5088. Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadis ini sebagai hasan.

Celik Tafsir

Tak tahu nak pagar rumah macam mana? Apa kata Islam?

Nabi ﷺ bersabda:

وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا

“dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah ﷻ kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.”

Riwayat Bukhari 3304 & Muslim 2012

Al-Afkar 71

Tak tahu nak halau jin & syaitan dalam rumah? Apa kata Islam?

Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ إِذَا سَمِعَ سُورَةَ الْبَقَرَةِ تُقْرَأُ فِي بَيْتٍ، خَرَجَ مِنْهُ

“Sesungguhnya syaitan, apabila mendengar Surah al-Baqarah dibacakan di dalam rumah, maka dia akan keluar daripada rumah tersebut.”

Riwayat al-Tabrani dalam Mu’jam al-Kabir 8642 dan al-Darimi 3422

Celik Tafsir

Tak tahu nak lawan jin & syaitan yang kerap datang menganggu? Apa kata Islam?

Allah ﷻ berfirman:

إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

“Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal (berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.)”

Surah al-Nahl 99

Al-Kafi li al-Fatawi 378

Tengah sakit dan susah ni, dah banyak kali doa pun tak baik-baik! Apa kata Islam?

Nabi ﷺ bersabda:

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin bahawa ianya akan dimustajabkan. Dan ketahuilah kamu bahawa Allah ﷻ tidak akan memustajabkan doa yang datang daripada hati yang lalai lagi alpa.”

Riwayat al-Tirmizi 3479

Al-Kafi li al-Fatawi 1015

وَاللّٰهُ اَعْلَمُ بِالصَّواب

Lihat juga panduan mudah (mengikut aturan kebiasaan) mereka yang diuji gangguan manusia (sihir), jin dan syaitan »»»


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir