Cari sendiri buhul sihir

Kategori:

Sebaik-baiknya setiap ketua keluarga harus tahu bagaimana cara mencari buhul sihir agar isi rumah terlepas dari perbuatan laknat ini yang mungkin mencelakai anggota keluarganya (buhul adalah ikatan yang dibuat tukang sihir untuk diisi oleh jin (terikat) bertujuan memudaratkan mangsa).

Perkara asas yang perlu diketahui darihal buhul sihir ini adalah seperti berikut:

1. Buhul adalah ikatan berupa tali di mana makhluk jin yang dikirim itu dapat bekerja dan sudah pastinya terikat pada buhul tersebut.

2. Buhul sihir kebiasaannya berbentuk benang halus/tali dengan cantuman/ikatan yang menghubungkan benda sihir (azimat, bangkai haiwan, tulang, patung boneka, gambar, rambut, dan lainnya) yang berkait dengan mangsa.

3. Kebiasaannya, ditanam di perkarangan rumah namun boleh jadi diletakkan di dalam rumah melalui orang yang dipercayai. Ada juga buhul sihir yang digantung di suatu tempat tertentu, hingga di atap rumah. Juga pernah berlaku buhul ditanam dalam tubuh mangsa!

Bagaimana mencari buhul sihir terlebih dahulu tanpa bantuan perawat Islam?

Menurut Ustaz Arif Rahman, terdapat beberapa cara asas yang boleh dilakukan sendiri.

1. Berjalan dari bahagian depan hingga belakang rumah sambil membaca Ayat Kursi, surah al-Falaq, dan surah an-Nas. Jika ada pesakit yang sedang menjalani ruqyah (mengalami gangguan jin), besar kemungkinan beliau akan merasa sakit, sesak dada hingga sekujur tubuh terasa panas. Lakukanlah beberapa kali, insya-Allah, dengan izin-Nya, buhul sihir akan diketahui tempatnya atau muncul dengan sendirinya.

2. Berjalan keliling rumah bahagian luar dan dalam sambil membaca Ayat Kursi, surah al-Falaq, dan surah an-Nas. Rumah yang terkena sihir akan dirasakan mual mendadak bahkan kaki seolah bergetar oleh pembacanya. Jangan lupa untuk menyelusiri jalan/laluan yang sering dilalui oleh ahli keluarga sambil mengulangi ayat-ayat di atas.

3. Membaca surah al-Anam. Lakukan mukadimah rukiah terdahulu disusuli bacaan surah al-Anam ayat 103 sebanyak 3 sampai 7 kali, lalu berdoa pada Allah ﷻ agar ditunjukkan buhul sihir. Kemudian, baca surah al-Mukminun ayat 115, surah Yasin ayat 65 dan zikir يا هادي Yā Hādī (Yang Maha Pemberi Petunjuk), يا واجد Yā Wājid (Yang Maha Menemukan), atau يَا لَطِيْفُ Yā Laṭīf (Yang Maha Lembut) serta يا نور Ya Nuur (Yang Maha Memberi Cahaya) berterusan tanpa henti.

4. Melalui perantaraan jin namun dilarang syarak kerana boleh membawa kepada kerosakan akidah (sadd al-zari’ah).

Bagaimana cara menghancurkan buhul?

  • Jika berbentuk buntalan ikatan, lepaskan ikatan (buka) tali tersebut terlebih dahulu.
  • Setelah itu, keluarkan semua isi di dalam buhul tersebut.
  • Kemudian, bakar buhul tersebut sampai benar-benar lenyap.
  • Sambil membakar buhul tersebut bacalah surah an-Nas dan al-Falaq berulang-kali.

Ar-Ruqyah Asy-Syar’iyyah; Terapi Gangguan Jin & Penyakit Hati


One response to “Cari sendiri buhul sihir”

  1. Safuan Chuan Avatar

    saya pon pernah terjumpa buhul2 sihir di kawasan rumah pesakit…paling banyak ada di 1 rumah yg disihr dengan sihir pengasih berprofile tinggi….. jumpa tanah kubur yg di balut kertas menyerupai mayat .betul2 di balut dengan kertas kecil..yg anehnya waktu tu hujan renyai2 puas cari ..barang tersebut hampir 2 jam mencari tanpa putusa asa…yg peliknya kertas yg berbalut mcm mayat di dalam nya tanah kubur x basah sedikit pon ketika terjumpa dan ghaib dari pandangan ..sedang kan betul2 di depan mata saya saja..padahal tempat yg sama dh cari sebelum tu….lepas tu jumpa lagi tulang khinzir berul2 di atas atap rumah pesakit..limau di balut kain hitam di cucuk jarum di dalam tanah di depan rumah..serentak hari yg sama tapi kawasan² yg berlainan area rumah pesakit…4 penjuru di tanam barang sihir…kes pesakit sampai x sedar dia bawa kereta sendiri ingin berjumpa orang yg dia baru kenal di facebook…dia sendiri x sedar dia dah sampai ke sempadan perak..dia tersedar dan pm saya kata dia x tahu dia di mana…dan kenapa dia ada disana…dia asyik fikir lelaki yg baru dia nak kenal ja..dia cuba kawal tapi sukar…dia nk ke tempat nak pergi mencari lelaki tu …sedang kan dia nk pergi bekerja..tanpa sedar tau2 dia dah sampai kt tempat yg dia tidak pernah lalu..saya suruh dia tunggu sana jangan kemana² sampai saya dan perawat lain tiba..lalu bawa dia balik kerumahnya….kami.7 perawat beradu tenaga nk rawat pesakit tersebut..ada yg sampai nampak dukun nya dalam makrifat siap tergelak tertawakan kami…masa tu jumpa lintah seekor dalam rumah pesakit tersebut tgh mencari jalan keluar…saya ambik lintah bukit tu terus saya bakar..sambil membaca beberapa ayat hizib…xsampai 5 minit bakar lintah tersebut..pesakit seperti di tikam di bahagian belakang sampai terduduk menahan kesakit…dukun tu buat dan menikam dari patung. Kemungkinan gambar dan barang2 diri mangsa telah dapat ditangan dukun tersebut ….mungkin marah kerana jin nya di bakar…pesakit sampai merangkak berjalan kt dinding semasa kerasukan..itu antara yg paling naik bulu roma kami…tapi dengan izin Allah ia dapat berjaya di kawal..tapi pesakit memang x bermaya la lepas tu..selepas tu baru lah kami hapuskan barang2 sihir yg telah di jumpai….di antara kes² yg paling berprofile tinggi yg pernah saya jumpa ..rupa nya pesakit ni ada seseorang yg menaruh minat ingin mendapatkan dgn cara yg salah ..orang yg menyihirnya memang nk dapatkan mcm mana cara sekalipon..pesakit baru ja kenal x sampai seminggu..rupanya pesakit dah pernah keluar makan bersama….dan ada termakan sihir makan juga…patut la sukar nak di rawat..ni antara kes berprofile tinggi pernah saya berdepan sampai 7 perawat bergabung bantu sorang pesakit ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *