Sembahyang Jamak Qasar Adalah Sedekah Allah ﷻ
RM0.00
Penulis namakan buku kecil ini sebagai “Sembahyang Jamak Dan Qasar Adalah Sedekah Allah” dengan tujuan untuk menggalakkan para pembaca supaya menerima rukhshah (keringanan) pemberian Allah ﷻ ini sebagaimana yang didatangkan kepada Nabi Muhammad ﷺ tanpa terlalu terikat dengan amalan kebiasaan di negara kita Malaysia yang adakalanya tidak begitu selari dengan sunnah Rasul ﷺ.
Setiap manusia pasti akan menghadapi keadaan yang memerlukannya untuk mengqasar atau menjamakkan sembahyangnya. Sebagai contoh setiap insan pasti akan menempuh satu perjalanan (safar) yang mana syari’at telah membenarkan sembahyang itu dijamak dan juga diqasarkan. Namun begitu ramai di antara kita yang tidak mahu melakukan rukhshah (keringanan) yang Allah ﷻ kurniakan kepada kita kerana menurut sangkaan mereka persyaratan untuk dibolehkan sembahyang itu diqasar dan dijamakkan belum dipenuhi. Malah ada juga yang beranggapan bahawa bersembahyang secara sempurna tanpa mengqasarkannya adalah lebih diutamakan ketika dalam perjalanan.
Lihat juga:
-
Rujuk: Universiti Teknologi MARA
Asas Panduan Solat Musafir
RM0.00 -
Rujuk: JAKIM
Garis Panduan Pelaksanaan Solat Secara Duduk Di atas Kerusi
RM0.00 -
Rujuk: Pustaka
Himpunan Doa Selepas Solat
RM0.00 -
Rujuk: PPT
Panduan Asas Solat
RM0.00




