Pilihan Doa (Kami) Rabbana

Pendahuluan

أَعُوذُ بِاللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

ٱلْحَمْدُلِلّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِيْنَ،  حَمْدًا يُوَافِىْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ  

“Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, dengan pujian yang sesuai dengan nikmat-nikmat-Nya dan memadai dengan penambahan-Nya.”

يَارَبَّنَا لَكَ ٱلْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلَالِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ

“Wahai Tuhan kami hanya bagi-Mu segala puji, sebagaimana pujian itu patut terhadap keagungan dan kemuliaan-Mu serta keluhuran Kerajaan-Mu.”

ٱللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى ٱلْأَوَّلِيْنَ وَٱلْأٰخِرِيْنَ،  وَسَلِّمْ وَرَضِيَ ٱللّٰهُ تَعَالٰى عَنْ سَادَاتِنَا أَصْحَابِ سَيِّدِنَا رَسُوْلِ ٱللّٰهِ أَجْمَعِيْنَ

“Ya Allah, cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad mencakupi orang-orang terdahulu dan terkemudian, dan anugerahkanlah keselamatan kepadanya. Restu Allah mudah-mudahan dikurniakan kepada pemimpin-pemimpin kami dari kalangan para sahabat Rasulullah sekalian.”

 ٱللّٰهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلَاتَنَا تَامَّة،  وَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا عَامَّة،  وَلَا تُعَذِّبْنَا إِلٰى يَوْمَ ٱلْقِيَامَةِ إِنَّكَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

“Ya Allah, terimalah solat kami sepenuhnya, dan ampunkanlah segala dosa kami semuanya. Janganlah Engkau seksa kami biar pun sampai ke hari kiamat nanti. Sesungguhnya engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

سَمِعْنَا وَاَطَعْنَا ۫ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْرُ 

“Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.”

Surah al-Baqarah Ayat 285

رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَاۤ اِنْ نَّسِيْنَاۤ اَوْ اَخْطَاْنَا ۚ  رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَاۤ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَي الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ  

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, jangan Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.”

Surah al-Baqarah Ayat 286

رَبَّنَا وَلَاتُحَمِّلْنَا مَالَاطَا قَةَ لَنَابِه، وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْلَنَا وَارْحَمْنَا اَنْتَّ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَافِرِيْنَ

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”

Surah al-Baqarah Ayat 286

رَبَّنَالَاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ اِذْهَدَ يْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً اِنَّكَ اَنْتَ ٱلْوَهَّابُ

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”

A-li’Imraan Ayat 8

رَبَّنَا ظَلَمْنَا اَنْفُسَنَا وَاِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ ٱلْخَاسِرِيْنَ

“Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami tergolong orang-orang yang rugi.”

Surah Al-Araf Ayat 23

رَبَّنا لا تَجعَلنا مَعَ القَومِ الظّٰلِمينَ

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim”

Surah al-A’raf Ayat 47

رَبَّنا هَب لَنا مِن أَزوٰجِنا وَذُرِّيّٰتِنا قُرَّةَ أَعيُنٍ وَاجعَلنا لِلمُتَّقينَ إِمامًا

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

Surah Furqan Ayat 74

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

“Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

رَبَّنا تَقَبَّل مِنّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّميعُ العَليمُ

“Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;”

Surah al-Baqarah Ayat 127

رَبَّنَآ اٰتِنَافِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَّفِى ٱلْاٰخِرَةِ حَسَنَةً وَّقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

“Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka.”

Surah al-Baqarah Ayat 201

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلْعِزَّةِ عَمَّايَصِفُوْنَ وَسَلَامٌ عَلَى ٱلْمُرْسَلِيْنَ وَٱلْحَمْدُلِلّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِيْنَ

“Maha Suci Tuhan-Mu, Tuhan Yang Maha Perkasa dari sifat yang mereka katakan. Dan selamat sejahtera bagi para rasul dan segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.”