Risalah Fiqh Puasa


Risalah Fiqh Puasa ini ialah terjemahan daripada kitab Al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah karya Syeikh Hasan bin Ahmad bin Muhammad bin Salim al-Kaf, yang merupakan kitab fiqh kontemporari yang disusun bagi menjelaskan beberapa permasalahan fiqh mengikut Mazhab al-Syafi’i.

Kitab Al-Taqrirat al-Sadidah dipilih untuk diterjemahkan kerana ia merupakan salah satu rujukan yang ringkas dan padat, mudah difahami serta sesuai dijadikan panduan untuk orang awam. Bahkan ia juga merungkai persoalan semasa bagi mereka yang ingin memahami fiqh Mazhab al-Syafi’i khusus dalam bab puasa.

Buku terjemahan ini sangat bermanfaat dan sesuai digunakan untuk semua lapisan masyarakat kerana huraian kitab ini dicedok daripada kitab-kitab para ulama muktabar Mazhab al-Syafi’i, bersesuaian dengan mazhab yang digunakan di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya.


Hampir semua Audio & eBook/PDF adalah percuma. Saudara/saudari juga bolehlah menghulurkan sumbangan seikhlasnya (tiada had RM minima) bagi niat bersedekah/infak demi menampung kos laman web & aplikasi (web) Munajat Syifa agar berterusan usaha kami mengembangkan dakwah. Terima kasih kerana bersama-sama kami bagi membolehkan para pembaca lain turut memperolehi kebaikan dari Munajat Syifa.

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا