Khurafat Menurut Perspektif Al-Qur’an Dan As-Sunnnah

RM0.00

Amalan-amalan khurafat pada hakikatnya merupakan virus ke arah merosakkan akidah dan pegangan hidup seseorang dan umat Islam yang lain. Bagi membendung gejala ini; kuliah, seminar atau apa bentuk majlis ilmu perlu diadakan bagi memperjelaskan kepada masyarakat Islam terhadap amalan-amalan yang bercanggah dengan ajaran lslam berserta dalil dari Al-Qur’an, as-Sunnah dan kitab-kitab ulama muktabar.


Walaupun Rasulullah ﷺ telah wafat dan membawakan Islam kepada seluruh manusia dan jin sejak 1400 tahun lebih yang lalu, namun masih lagi wujud golongan yang mengamalkan dengan amalan khurafat, mistik kebatinan yang akhirnya menyimpang dari ajaran Islam yang syumul ini.