Doa & Ikhtiar dari Al-Qur'an
“Sebaik-baik doa adalah yang disampaikan oleh manusia terbaik, iaitu para Nabi dan Rasul.”

Surah Anbiya’ Ayat 87. Apabila kita mengaku kesalahan dan dosa kita, maka kita sedang merendahkan diri kepada Allah ﷻ.
Surah Yusuf Ayat 101. Baginda telah dapat segala nikmat dan sekarang baginda berdoa supaya bila sampai masa nanti, baginda minta dimatikan dalam tauhid.
Surah al-A’raf Ayat 23. Inilah yang Allah ﷻ hendak daripada hamba-Nya. Allah ﷻ hendak kita mengaku dan memohon ampun sahaja, jangan melawan. Jika tahu yang kita sudah membuat salah, cepat-cepat minta maaf.
Surah Al-Baqarah Ayat 250. Namun harus diingatkan, jangan amalkan doa ini kalau keadaan tidak memerlukan.