Doa & Ikhtiar dari Al-Qur'an
Membaca Al-Qur’an turut termasuk dalam kategori perbuatan zikrullah. Perbanyakkan zikrullah kerana syaitan lari daripada orang yang berzikir.
“Dan aku menyuruh kalian agar berzikir kepada Allah kerana sesungguhnya itu seumpama seorang lelaki yang dikejar musuh-musuh melalui jejaknya dengan laju sampailah lelaki itu mendapatkan kubu pertahanan yang kukuh dan berjaya mempertahankan dirinya daripada musuh-musuhnya. Begitulah seseorang hamba Allah, tidak akan mendapat perlindungan diri daripada syaitan kecuali dengan zikir kepada Allah.”
Riwayat Tirmidzi 2863

Surah Ash-Sharh Ayat 6. Apabila kita mengalami kesukaran dalam hidup, maka bersabarlah. Kerana akan datang bersamanya dua kali senang.
Surah al-Baqarah Ayat 1 – 286. Sembahlah Allah ﷻ, bukan sembah dalam maksud biasa, tapi dalam bentuk tauhid.