Doa & Ikhtiar dari Al-Qur'an
Temui rujukan Celik Tafsir di sini.
Surah al-Baqarah Ayat 216. Ini adalah ujian keimanan untuk kita: adakah kita sanggup taat kepada suruhan dan percaya kepada hikmah yang Allah ﷻ telah berikan kepada kita?
“Mahukah kamu belajar dua surah yang luar biasa.” Surah an-Nas & Surah al-Falaq.
Surah ar-Ra’d Ayat 28. Kita manusia selalu sahaja ada masalah dan kadang-kadang manusia menggunakan cara yang tidak baik untuk menghilangkan masalah psikologi.
Surah an-Naml Ayat 40. Sesiapa yang bersyukur maka perbuatan itu akan memberi kebaikan kepada dirinya sendiri. Kerana dia akan dapat pahala. Sudahlah dapat nikmat, dan apabila bersyukur lagi, dapat pahala. Dan pahala bersyukur itu lebih baik dari nikmat yang diberikan.
Surah ali-Imran Ayat 134. Di wajahnya tidak nampak kemarahan itu, walaupun dia boleh menghukum orang yang menyebabkan kemarahannya itu.

Surah Ash-Sharh Ayat 6. Apabila kita mengalami kesukaran dalam hidup, maka bersabarlah. Kerana akan datang bersamanya dua kali senang.
Surah al-Baqarah Ayat 1 – 286. Sembahlah Allah ﷻ, bukan sembah dalam maksud biasa, tapi dalam bentuk tauhid.