Doa & Ikhtiar dari Al-Qur'an
Temui rujukan Celik Tafsir di sini.
Dua ayat terakhir Surah Baqarah ini telah diberikan kepada Nabi ﷺ semasa baginda mi’raj bertemu Allah ﷻ. Maka ia adalah ayat yang amat penting sekali sampaikan diberikan kepada baginda semasa pertemuan dengan Allah ﷻ.
Allah ﷻ menyuruh kita berdoa kepada-Nya dalam segala keperluan kita. Dan Allah ﷻ ajar adab-adab untuk berdoa kepada-Nya. Ini adalah penting kerana kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah ﷻ.
Allah ﷻ boleh diseru dengan Nama-namaNya yang banyak, asalkan seru Dia sahaja dan jangan seru selainNya.
Jangan seru selain Allah ﷻ. Tidakkah manusia memikirkan kenapakah mereka dihidupkan di dunia ini?
Ayat-ayat Sumpah di mana Allah ﷻ bersumpah dengan para MalaikatNya. Sumpah digunakan dalam Al-Qur’an sebagai penekanan kepada perkara yang hendak disampaikan selepas itu.
Inilah ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali di dalam surah ini. Apabila Allah ﷻ memperkatakan tentang neraka, ayat ini diulang tujuh kali. Apabila memperkatakan tentang syurga, Allah ﷻ mengulang ayat ini sebanyak lapan kali pula. Iaitu sama dengan bilangan pintu syurga dan pintu neraka.
Oleh kerana Al-Qur’an itu amat penting, maka sekarang Allah ﷻ memberitahu tentang kehebatan Al-Qur’an.
Jin-jin itu faham apakah tujuan Al-Qur’an ini. Lihatlah apa kata mereka tentang Al-Qur’an.
Surah ini adalah untuk memutuskan hubungan dengan orang kafir Mekah. Mereka memang ada agama, tapi agama yang salah. Tidak boleh hendak ikut apa yang mereka lakukan. Jadi, Allah ﷻ ajar kita bagaimana berurusan dengan mereka – mereka mesti ikut kita dan kita tidak boleh ikut mereka.
Kandungan surah ini adalah khulasah (kesimpulan) kepada 1/3 dari kandungan Al-Qur’an. Ini adalah kerana ia memperkatakan tentang tauhid dan ia adalah perkara yang utama dalam Al-Qur’an.