Doa & Ikhtiar dari Al-Qur'an
Temui rujukan Celik Tafsir di sini.
Ada riwayat yang menceritakan bagaimana Nabi Muhammad ﷺ telah disihir. Maka sihir ini memang benar-benar ada dan boleh terjadi kepada kita.
Kita selalu dengar dan mungkin terjadi kepada kita sendiri, barang hilang, barang kena curi dan sebagainya. Bukan sahaja barang hilang, kadang kala kita kehilangan ahli keluarga, kesihatan kita pun hilang juga, bukan? Apakah yang perlu kita fikirkan dan apakah usaha kita dalam perkara ini?

Benarkah Perubatan Islam ini kaedah Islam yang sebenar dalam merawat penyakit ghaib seperti kerasukan dan sihir?
Bolehkah sekiranya kita meminum air yang telah dilarutkan dengan kertas mengandungi ayat Al-Qur’an? Adakah bentuk ruqyah sebegini dibenarkan dalam Islam?
Ramai yang menggunakan potongan ayat untuk menghalau jin & syaitan. Atau mereka akan mengamalkan ayat-ayat tertentu sebagai ‘pendinding’ dari jin syaitan.

Ada masalah dengan amalan-amalan sebegini mungkin kerana itu ramai yang sangka ianya tidak salah memandangkan ianya adalah ayat Qur’an.
Surah al-Mukminoon Ayat 97 – 98. Allah ﷻ mengajar kepada Nabi ﷺ untuk berdoa bagaimana untuk mempertahankan diri mereka.
Surah al-A’raf Ayat 47. Apabila mereka nampak ahli neraka, mereka cepat-cepat berdoa supaya mereka tidak dimasukkan jadi golongan ahli neraka itu. Kerana mereka itu sedang duduk di tengah, maknanya mereka boleh jatuh ke neraka atau naik ke syurga.