Kitab dan manuskrip hasil penulisan ulama silam amat wajar terus dikaji dan dibaca. Ianya merupakan khazanah bangsa yang kaya dengan ilmu dan pengajaran. Walau bagaimanapun, isi kandungannya perlu dirujuk kepada yang lebih arif sebelum ianya diamalkan kerana adakalanya ianya mungkin menimbulkan polemik. Aqidah, syariah dan juga akhlak perlu menjadi pertimbangan umat Islam dalam sebarang urusan. Meskipun ada pandangan yang mengharuskan umat Islam menggunakan azimat daripada Al-Qur’an atau doa-doa yang ma`tsur daripada Nabi ﷺ, namun umat Islam perlu berhati-hati. Mereka tidak perlu menjerumuskan diri ke lembah syirik semata-mata mengharapkan keuntungan duniawi seperti kelarisan dalam perniagaan atau kesembuhan daripada penyakit.




