Kategori:
Rujukan:

Penggunaan Kaedah Rawatan Jarak Jauh Dalam Rawatan Penyakit di Pusat Rawatan Islam

Kajian awal telah dijalankan di 23 pusat rawatan Islam yang terpilih. Data-data dikumpulkan melalui metode temubual dan pemerhatian terhadap kaedah dan pendekatan yang dijalankan di pusat-pusat rawatan Islam tersebut.


Kaedah rawatan jarak jauh adalah di antara kepelbagaian kaedah rawatan yang dipraktikkan di pusat-pusat rawatan Islam di Malaysia. Realitinya dapat dilihat pada hari ini apabila sebahagian pusat rawatan Islam mengiklankan kepada masyarakat khidmat rawatan tersebut bagi menarik perhatian mereka. Dari itu, persoalannya, adakah kaedah rawatan tersebut dibenarkan dalam Islam atau ia bercanggah dengan syariat Islam dan menyamai amalan para bomoh yang menyimpang? Oleh yang demikian, artikel ini menjelaskan dengan lebih terperinci tentang hukum pengamalan kaedah rawatan jarak jauh dalam rawatan penyakit. Di akhir artikel ini, diharapkan ia dapat dijadikan panduan utama dalam rawatan penyakit khususnya kepada perawat dan pesakit dan umumnya kepada semua anggota masyarakat.

Hampir semua Audio eBook/PDF adalah percuma. Saudara/saudari juga bolehlah menghulurkan sumbangan seikhlasnya (tiada had RM minima) bagi niat bersedekah/infak demi menampung kos laman web & aplikasi (web) Munajat Syifa agar berterusan usaha kami mengembangkan dakwah. Terima kasih kerana bersama-sama kami bagi membolehkan para pembaca lain turut memperolehi kebaikan dari Munajat Syifa.

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir