Panduan Bersolat, Bersuci dan Berpuasa bagi Pesakit


Walau seberat mana pun ujian yang Allah berikan, ibadah solat khususnya jangan
sesekali diabaikan. Ujian kesihatan sepatutnya membawa kesedaran dan keinsafan bahawasanya hidup
ini singkat. Kematian semakin mendekat.

Maka jadikanlah Buku Panduan Bersuci dan Solat bagi Pesakit ini sebagai salah satu rujukan utama dalam menunaikan ibadah sebagai pesakit atau sesuai juga digunakan oleh mereka yang menyantuni pesakit. Semoga dengan terhasilnya buku panduan yang padat dengan informasi dan ilustrasi ini, dapat memudahkan semua pihak.


Hampir semua Audio & eBook/PDF adalah percuma. Saudara/saudari juga bolehlah menghulurkan sumbangan seikhlasnya (tiada had RM minima) bagi niat bersedekah/infak demi menampung kos laman web & aplikasi (web) Munajat Syifa agar berterusan usaha kami mengembangkan dakwah. Terima kasih kerana bersama-sama kami bagi membolehkan para pembaca lain turut memperolehi kebaikan dari Munajat Syifa.

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا