Dapatan kajian menunjukkan terdapat bentuk mimpi yang khusus sebagai sebahagian dari simptom histeria rasukan jin. Simptom khusus histeria rasukan jin antaranya adalah rasa sakit pada seluruh tubuh pada keesokan harinya setelah bermimpi. Mimpi dialami sebelum pesakit menjalani rawatan ruqyah. Selain itu, mimpi berkurangan atau hilang setelah pesakit menjalani rawatan ruqyah.
Kajian ini bertujuan mengkhususkan simptom mimpi histeria rasukan jin dalam perspektif pesakit, perawat dan hadis Nabi ﷺ. Kes histeria yang dikaji adalah secara umum merangkumi histeria rasukan biasa al-Sar atau al-Mass, saka dan sihir. Temu bual dan pemerhatian dijalankan terhadap pesakit dan perawat sebagai menemukan hasil kajian secara holistik melalui triangulasi data.





