Kategori:
Rujukan:

Simptom Mimpi Histeria Rasukan Jin Dalam Perspektif Pesakit, Perawat dan Hadis

Kajian ini bertujuan mengkhususkan simptom mimpi histeria rasukan jin dalam perspektif pesakit, perawat dan hadis Nabi ﷺ. Kes histeria yang dikaji adalah secara umum merangkumi histeria rasukan biasa al-Sar atau al-Mass, saka dan sihir. Temu bual dan pemerhatian dijalankan terhadap pesakit dan perawat sebagai menemukan hasil kajian secara holistik melalui triangulasi data.


Dapatan kajian menunjukkan terdapat bentuk mimpi yang khusus sebagai sebahagian dari simptom histeria rasukan jin. Simptom khusus histeria rasukan jin antaranya adalah rasa sakit pada seluruh tubuh pada keesokan harinya setelah bermimpi. Mimpi dialami sebelum pesakit menjalani rawatan ruqyah. Selain itu, mimpi berkurangan atau hilang setelah pesakit menjalani rawatan ruqyah. Simptom tingkah laku, fizikal dan pengalaman sewaktu dirawat seperti menjerit, menggigil, mata berkedip, delusi turut membezakan pesakit histeria rasukan jin dengan gangguan jin berbentuk godaan. Hal ini, kerana rawatan ruqyah dari bacaan Al-Qur’an dan doa-doa Nabi ﷺ memberi kesan terhadap jin. Sukar dibezakan simptom mimpi pesakit sama ada dari jenis rasukan biasa, saka atau sihir kerana kebanyakan simptom mimpi adalah sama sebagai histeria rasukan jin.

Hampir semua Audio eBook/PDF adalah percuma. Saudara/saudari juga bolehlah menghulurkan sumbangan seikhlasnya (tiada had RM minima) bagi niat bersedekah/infak demi menampung kos laman web & aplikasi (web) Munajat Syifa agar berterusan usaha kami mengembangkan dakwah. Terima kasih kerana bersama-sama kami bagi membolehkan para pembaca lain turut memperolehi kebaikan dari Munajat Syifa.

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir