Marhaban Ya Ramadan


Ramadan Tiba, Ramadan Tiba…
Bersempena dengan kedatangan Ramadan Al-Mubarak kali ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melancarkan Ebook “Marhaban Ya Ramadhan” sebagai panduan hukum dan fatwa berkenaan ibadah di bulan Ramadan kepada umat Islam.

Jawapan-jawapan hukum yang bersifat ringkas dan berbentuk infografik menarik ini semestinya memberikan kemudahan kepada para pembaca di pelbagai peringkat, selaras dengan slogan kami, “Mufti Care”, Solusi Masalah Hukum Anda.


Hampir semua Audio & eBook/PDF adalah percuma. Saudara/saudari juga bolehlah menghulurkan sumbangan seikhlasnya (tiada had RM minima) bagi niat bersedekah/infak demi menampung kos laman web & aplikasi (web) Munajat Syifa agar berterusan usaha kami mengembangkan dakwah. Terima kasih kerana bersama-sama kami bagi membolehkan para pembaca lain turut memperolehi kebaikan dari Munajat Syifa.

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا