Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) adalah novel seram bersiri yang diterbitkan dalam majalah kecil Variasari sekitar April 1981- Januari 2005. Novel mistik ini telah mencetuskan fenomena pada tahun 1980-an.
Selama hampir 30 tahun penulis Tamar Jalis menyembunyikan diri dari khalayak ramai. Akhirnya beliau keluar dari belantara sepi dengan nama sebenar Ahmad Mahmud atau Mohd Radzi Mahmud (73 tahun) berasal dari Beruas, Perak.
Siri Bercakap Dengan Jin telah ditulis oleh Tamar Jalis/Ahmad Mahmud dalam 284 siri dalam tempoh 23 tahun 6 bulan. Ia merupakan satu rekod Malaysia.





