Doa & Ikhtiar dari Al-Qur'an
Bacaan harian bagi mengukuhkan rohani di samping mendapat pelbagai keutamaan dan kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah ﷺ melalui hadisnya, iaitu sebagai pelindung diri dan keluarga khususnya daripada ganguan jin dan syaitan. Aturan ayat (berserta tafsir ringkas) adalah mengikut surah. Muat turun ayat atau bacaan PDF Manzil di sini.
Jangan seru selain Allah ﷻ. Tidakkah manusia memikirkan kenapakah mereka dihidupkan di dunia ini?
Ayat-ayat Sumpah di mana Allah ﷻ bersumpah dengan para MalaikatNya. Sumpah digunakan dalam Al-Qur’an sebagai penekanan kepada perkara yang hendak disampaikan selepas itu.
Inilah ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali di dalam surah ini. Apabila Allah ﷻ memperkatakan tentang neraka, ayat ini diulang tujuh kali. Apabila memperkatakan tentang syurga, Allah ﷻ mengulang ayat ini sebanyak lapan kali pula. Iaitu sama dengan bilangan pintu syurga dan pintu neraka.
Oleh kerana Al-Qur’an itu amat penting, maka sekarang Allah ﷻ memberitahu tentang kehebatan Al-Qur’an.
Jin-jin itu faham apakah tujuan Al-Qur’an ini. Lihatlah apa kata mereka tentang Al-Qur’an.
Surah ini adalah untuk memutuskan hubungan dengan orang kafir Mekah. Mereka memang ada agama, tapi agama yang salah. Tidak boleh hendak ikut apa yang mereka lakukan. Jadi, Allah ﷻ ajar kita bagaimana berurusan dengan mereka – mereka mesti ikut kita dan kita tidak boleh ikut mereka.
Kandungan surah ini adalah khulasah (kesimpulan) kepada 1/3 dari kandungan Al-Qur’an. Ini adalah kerana ia memperkatakan tentang tauhid dan ia adalah perkara yang utama dalam Al-Qur’an.
Antara kelebihan surah ini adalah ianya dapat melindungi kita daripada sihir yang hendak dikenakan kepada kita. Ada riwayat yang menceritakan bagaimana Nabi Muhammad ﷺ telah disihir. Maka sihir ini memang benar-benar ada dan boleh terjadi kepada kita. Ini ada disebut di dalam Sahih Bukhari.
Tafsir surah an-Nas, adalah tentang permohonan perlindungan kepada Allah ﷻ daripada syaitan.