Doa & Ikhtiar dari Al-Qur’an

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Tidak salah bertemu perawat namun tanyalah mana-mana perawat Islam yang diikitraf & diyakini, jawapannya pasti sama. Keberkesanan melawan gangguan manusia (sihir), jin & syaitan hanyalah sekadar 20 – 30% ikhtiar mereka بِإذْنِ ٱللّٰهِ Selebihnya adalah usaha & tawakal pesakit (dan waris) yang diberikan Allah ﷻ ujian itu.

Sebaik-baik doa adalah yang disampaikan oleh manusia terbaik, iaitu para Nabi dan Rasul. Munajat Syifa merupakan siri himpunan Ayat & Surah dari Al-Qur’an sebagai jalan munajat dan ikhtiar memohon perlindungan Allah ﷻ dari gangguan manusia (sihir) serta jin & syaitan.

Semoga Allah ﷻ memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya dalam kita semua menghadapi segala keburukkan manusia dan selainnya serta menjauhkan kita daripada kesyirikan dan kepercayaan yang karut marut.

وَاللهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ

*Kami mendapati begitu banyak artikel & kitab berkaitan yang di share di media sosial telah dipadamkan (atau linknya tidak ditemui). Jadi, Munajat Syifa berusaha sebaik mungkin menghimpunnya semula dan saudara & saudari bolehlah mencarinya di sini.

Hampir semua Audio & eBook/PDF adalah percuma. Saudara/saudari juga bolehlah menghulurkan sumbangan seikhlasnya (tiada had RM minima) bagi niat bersedekah/infak demi menampung kos laman web & aplikasi (web) Munajat Syifa agar berterusan usaha kami mengembangkan dakwah. Terima kasih kerana bersama-sama kami bagi membolehkan para pembaca lain turut memperolehi kebaikan dari Munajat Syifa.

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا

Doa     Syifa     Manzil     Ruqyah     Zikir